Monday 11 July 2011

HARI KELUARGA SKDK DI PANTAI MERDEKA

Antara sukaneka yang diadakan :


AKTIVITI DI SK DATO' KAYAMAN 2011

SK Dato' Kayaman, Bukit Keteri, Perlis telah dinobatkan sebagai JOHAN Pertandingan Recorder Assemble peringkat Kawasan Pendidikan Jejawi.


Wajah ceria johan Pertandingan Recorder Assemble


Sunday 10 July 2011

TERIMA KASIH GURU

Ada seorang ibu pernah berkata.."kalau bukan peguam, engineer ataupun doktor jangan harap hendak kahwin dengan anakku"... adakah kerjaya sebagai guru ini hina? martabatnya rendah? sedarlah wahai insan, tanpa jasa bakti seorang guru, siapalah peguam, siapalah engineer dan siapalah doktor.. seorang guru bukan terhad kepada guru, malah seorang guru adalah lebih dari itu.. a teacher is an engineer of the mind.. arkitek sahsiah, doktor yang mengubat dari segala penyakit hati seperti sombong dan bongkak... kepada guru-guru sekalian, jasamu ku sanjung tinggi... teruskanlah usaha murnimu dalam membentuk dan membina pewaris generasi yang berakhlak mulia, berjaya dan berjasa...

Saturday 9 July 2011

KELEBIHAN PENGGUNAAN INTERNET DAN LAMAN WEB DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

http://www.sajadstudio.info/artikal/kelb_pemb_mel_internt.pdf

Internet menjadikan dunia di hujung jari

Internet merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat. Kini, internet merupakan salah satu saluran rangkaian penghubung dunia yang telah mengecilkan dunia. Dunia tanpa sempadan dimungkinkan dengan adanya jaringan internet ini. Walau bagaimanapun, teknologi internet ini kerap disalahgunakan sehingga menjadi saluran yang boleh membawa kemudaratan.